Thursday, February 10, 2011

Takrif Pertahanan Awam

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

    *      SEMASA PEPERANGAN    
            Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan
            senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu
            diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh.

    *      SEMASA AMAN    
            Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa
            dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau
            selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.


VISI

Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.


MISI

Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.


OBJEKTIF

Mengurangkan Risiko Akibat Bencana:-

         »   Latihan kepada Orang Awam       
         »   Sistem Amaran Bencana       
         »   Pusat-pusat Perlindungan

Respond Kepada Bencana :-

         »   Menubuhkan Pasukan-pasukan (First Responder)       
         »   Perkhidmatan Kecemasan

Pemulihan.       
         »   Pembersihan       
         »   Pembangunan Semula       
         »   Kaunseling


FUNGSI

    *      Menubuh, mengurus dan menyenggara Angkatan Pertahanan Awam.  
    *      Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan
            Bencana dan Kecemasan kepada orang  awam.  
    *      Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.  
    *      Menyedia, mengurus dan menyenggara Pusat-pusat Pemindahan
            dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.  
    *      Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan
            harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.

FOKUS STRATEGIK

    * Meningkat dan memperluas perkhidmatan kecemasan yang cekap,
       berkesan dan profesional.  
    * Meningkat dan memperluas kerjasama dengan Agensi-agensi
       Kerajaan, Swasta, NGO, Kepimpinan Peringkat Negeri, Daerah
       dan Institusi-institusi Latihan dalam program-program Pertahanan Awam.  
    * Mewujudkan program-program latihan yang seragam dan diiktiraf.  
    * Mengadakan program-program latihan Pertahanan Awam yang berterusan
       kepada Anggota Angkatan  Pertahanan Awam.  
    * Mewujudkan sekumpulan jurulatih profesional yang mempunyai kemahiran-
       kemahiran khusus dalam pengurusan bencana (Menyelamat, Paramedik,
       Kebombaan dan Akuatik).  
    * Merancang dan membina pejabat-pejabat baru di tempat yang strategik
       supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.  
    * Meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengurusan Angkatan dan Bencana.  
    * Mempromosikan Pertahanan Awam melalui media elektronik, media cetak
       dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam bersama masyarakat.  
    * Memperluas Perkhidmatan Pertahanan Awam daripada semasa kepada
       sebelum dan selepas bencana.  
    * Melibatkan pegawai tetap dan anggota sukarela di dalam setiap aktiviti
       Pertahanan Awam.


MOTTO

"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"


 NILAI DAN TERAS

    *      Cekap dan Tepat  
    *      Berdisiplin dan Bertanggungjawab  
    *      Kerja Berpasukan   
    *      Berkhidmat Dengan Ikhlas

KEMENTERIAN YANG MENGAWAL

1952 - Setiausaha Pertahanan
1955 - Kemeterian Dalam Negeri
1959 - Kemeterian Pertahanan
1964 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
1965 - Kemeterian Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam
1967 - Kementerian Pertahanan
1968 - Kementerian Keadilan
1970 - Kementerian Dalam Negeri
1971 - Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
1975 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
1978 - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
1982 - Kementerian Dalam Negeri
2004 - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
2008 - Kementerian Dalam Negeri

FUNGSI PERTAHANAN AWAM

   1. Menggubal dasar – dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam.
   2. Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui
       perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai.
   3. Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya
       mereka dapat menerima dan memberi tindak balas yang sewajarnya
       kepada program yang penting bagi keselamatan diri mereka.
   4. Mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang sesuai bagi Angkatan
       Pertahanan Awam mengikut keadaan semasa.
   5. Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara.
   6. Melakukan tugas–tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan
       kemalangan di seluruh Negara.

PERANAN PERTAHANAN AWAM

   1.      Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam
            aspek keselamatan dan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)c
            Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
   2.      Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin
            Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221.
   3.      Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi
            menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam
            sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan
            pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.

No comments:

Post a Comment