Thursday, February 10, 2011

KONSEP DAN PELAKSANAAN PERTAHANAN MENYELURUH (HANRUH)

LATARBELAKANG

       Ø  Konsep HANRUH mula diperkenalkan pada tahun 1986;
       Ø  1990an usaha dilakukan tetapi tidak dapat direalisasikan;
       Ø  2006 MKN memutuskan konsep ini dilaksanakan;
       Ø  12 Julai 2008 Sidang MKN memutuskan untuk melaksanakan konsep
            HANRUH;
       Ø  Tanggungjawab mempertahankan negara tidak terletak pada ATM sahaja;
       Ø  Pertahanan negara bergantung rapat kepada penglibatan rakyat;
       Ø  Rakyat perlu didedahkan kepada perasaan untuk mempertahankan negara
            dalam apa keadaan;
       Ø  Melibatkan secara menyeluruh dan bersepadu agensi-agensi kerajaan,
           sektor swasta, badan bukan kerajaan serta rakyat jelata;
       Ø  HANRUH juga akan menyumbang kepada keselamatan negara secara
            berterusan;
       Ø  Kesiapsiagaan Awam adalah tanggungjawab setiap rakyat untuk
            memastikan keamanan dan keharmonian Negara terjamin sepenuhnya.


FAEDAH KEPADA NEGARA

Manfaat Di Bidang Pertahanan

       Ø  Penggunaan aset dan sumber negara dapat diperolehi untuk keperluan
            logistik dan bekalan;
       Ø  Ke arah mencapai dasar pertahanan berdikari;
       Ø  Sokongan ke arah memantapkan pertahanan negara sama ada aman dan
            juga perang;
       Ø  Mendisiplinkan masyarakat untuk menyokong kestabilan dan keharmonian
            Negara.


Manfaat Di Bidang Ekonomi dan Pembangunan

       Ø  Mengurangkan kos penyelenggaraan anggota keselamatan tetap yang
            besar sepanjang masa;
       Ø  Mewujudkan anggota sukarela yang mempunyai pelbagai latar belakang
            kepakaran dan berkebolehan seperti anggota tetap;
       Ø  Kesedaran perancangan pembangunan mengambil kira aspek pertahanan.


Manfaat Di Bidang Sosial

       Ø  Penglibatan setiap lapisan rakyat melaksanakan HANRUH membantu
            semangat patriotism;
       Ø  Meningkatkan semangat perjuangan, perpaduan, ketahanan;
       Ø  Membina kumpulan pakar di dalam satu satu bidang yang boleh digunakan
            semasa peperangan.


KOMPONEN HANRUH

      HANRUH terbahagi kepada lima (5) komponen utama:

             Ø  Keutuhan Psikologi;
             Ø  Penyatuan Dan Perpaduan Masyarakat;
             Ø  Kesiapsiagaan Keselamatan;
             Ø  Keutuhan Ekonomi; dan
             Ø  Kesiapsiagaan Awam.

1      Keutuhan Psikologi

        Bertujuan bagi membina kekuatan mental dan keyakinan diri di kalangan
        rakyat terhadap:

             •                Semangat cintakan negara;
             •                Berani dan sanggup berkorban demi negara;
             •                Tahu peranan masing-masing semasa aman dan perang;
             •                Mengamalkan nilai agama dan moral yang tinggi;
             •                Tidak terpengaruh dengan dakyah musuh;
             •                Jasmani yang cergas; dan
             •                Rakyat yang berdisiplin.

2      Penyatuan Dan Perpaduan Masyarakat

        Membina masyarakat yang harmoni tanpa perbezaan status, kaum,
        agama, budaya dan kenegerian:

              •                Sikap penyayang;
              •                Toleransi;
              •                Muafakat;
              •                Berkongsi wawasan;
              •                Mengamalkan nilai murni;
              •                Bermaklumat.

3      Kesiapsiagaan Keselamatan

              •                ATM mempunyai keupayaan yang tinggi dan dibantu oleh
                                Pasukan Simpanan, logistik dan infrastruktur yang effektif;
              •                Agensi Keselamatan (PDRM) membantu untuk menegakkan
                                keamanan dan menguatkuasakan undang-undang, membantu
                                kerajaan semasa bencana alam dan malapetaka.

4      Keutuhan Ekonomi

              •                Kerajaan dan sektor swasta berganding bahu dan bersatu
                                memastikan kemampuan dan kekuatan ekonomi berterusan.
                                Memastikan indeks ekonomi negara berada dilandasan yang
                                betul;
              •                Bekerjasama memastikan stok simpanan barangan perlu,
                                sumber tenaga & air tidak terganggu;
              •                Mewujudkan kesimbangan antara permintaan dan penawaran
                                keperluan asas yang seimbang.

5      Kesiapsiagaan Awam

          Membina kesediaan dan kecekapan agensi awam, swasta, pertubuhan
          sukarela dan orang awam:

              •                Penglibatan aktif semasa aman dan perang;
              •                Kumpulan cari-lamat dan bantuan kecemasan;
              •                Kumpulan  perubatan;
              •                Kumpulan sokongan logistik.

KOMPONEN KESIAPSIAGAAN AWAM

    Tanggungjawab

     Komponen Kesiapsiagaan Awam adalah salah satu daripada lima (5)
     komponen HANRUH yang memberikan takrifan tanggungjawab seperti berikut:

                i.        Kesediaan agensi awam dan swasta untuk mengadakan
                          kemudahan perlindungan nyawa dan harta benda;
               ii.        Kesediaan agensi awam dan swasta untuk membekalkan
                          kemudahan asas dan logistik sebelum, semasa dan selepas
                          peperangan, darurat atau bencana;
               iii.        Kesediaan orang awam untuk menyelamatkan diri mereka
                          semasa situasi peperangan, darurat atau bencana;
              iv.        Kesediaan agensi awam, swasta, badan sukarela dan orang
                          perseorangan dalam pengemblengan tenaga sebelum, semasa
                          dan selepas peperangan, darurat atau bencana;
               v.        Membina kesediaan dan kecekapan agensi awam, swasta,
                          pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam bagi tujuan
                          membentuk:

                           a)     Penglibatan aktif semasa aman dan perang;
                           b)    Kumpulan SAR dan bantuan kecemasan;
                           c)     Kumpulan perubatan; dan
                           d)    Kumpulan sokongan logistik

Jawatankuasa

JPAM telah dilantik sebagai Urusetia kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN)
bagi komponen Kesiapsiagaan Awam HANRUH dengan dipertanggungjawabkan
untuk  merangka aktiviti-aktiviti jangka pendek, jangka sederhana dan jangka
panjang bagi semua langkah-langkah persediaan, teras program, strategi dan
kaedah pelaksanaan berdasarkan terma rujukan yang dipersetujui oleh Kumpulan
Kerja Komponen Kesiapsiagaan Awam HANRUH yang melibatkan sebanyak 9
kementerian dan 10 buah agensi/NGO.


AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan),
Kementerian Dalam Negeri (KDN).

TIMBALAN PENGERUSI
Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

URUSETIA

Kementerian Dalam Negeri (KDN); dan
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

AHLI

a)  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
b)  Kementerian Kerja Raya (KKR);
c)  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM);
d)  Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK);
e)  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT);
f)   Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) ;
g) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDN HEP);
h)  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
i)     Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
j)     Polis DiRaja Malaysia (PDRM);
k)   Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM);
l)     Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM);
m)  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
n)   Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
o)   Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan;
p)   Ikatan Relawan Rakyat (RELA);
q)   Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM); dan
r)    Mercy Malaysia

No comments:

Post a Comment