Thursday, February 10, 2011

KONSEP DAN PELAKSANAAN PERTAHANAN MENYELURUH (HANRUH)

LATARBELAKANG

       Ø  Konsep HANRUH mula diperkenalkan pada tahun 1986;
       Ø  1990an usaha dilakukan tetapi tidak dapat direalisasikan;
       Ø  2006 MKN memutuskan konsep ini dilaksanakan;
       Ø  12 Julai 2008 Sidang MKN memutuskan untuk melaksanakan konsep
            HANRUH;
       Ø  Tanggungjawab mempertahankan negara tidak terletak pada ATM sahaja;
       Ø  Pertahanan negara bergantung rapat kepada penglibatan rakyat;
       Ø  Rakyat perlu didedahkan kepada perasaan untuk mempertahankan negara
            dalam apa keadaan;
       Ø  Melibatkan secara menyeluruh dan bersepadu agensi-agensi kerajaan,
           sektor swasta, badan bukan kerajaan serta rakyat jelata;
       Ø  HANRUH juga akan menyumbang kepada keselamatan negara secara
            berterusan;
       Ø  Kesiapsiagaan Awam adalah tanggungjawab setiap rakyat untuk
            memastikan keamanan dan keharmonian Negara terjamin sepenuhnya.


FAEDAH KEPADA NEGARA

Manfaat Di Bidang Pertahanan

       Ø  Penggunaan aset dan sumber negara dapat diperolehi untuk keperluan
            logistik dan bekalan;
       Ø  Ke arah mencapai dasar pertahanan berdikari;
       Ø  Sokongan ke arah memantapkan pertahanan negara sama ada aman dan
            juga perang;
       Ø  Mendisiplinkan masyarakat untuk menyokong kestabilan dan keharmonian
            Negara.


Manfaat Di Bidang Ekonomi dan Pembangunan

       Ø  Mengurangkan kos penyelenggaraan anggota keselamatan tetap yang
            besar sepanjang masa;
       Ø  Mewujudkan anggota sukarela yang mempunyai pelbagai latar belakang
            kepakaran dan berkebolehan seperti anggota tetap;
       Ø  Kesedaran perancangan pembangunan mengambil kira aspek pertahanan.


Manfaat Di Bidang Sosial

       Ø  Penglibatan setiap lapisan rakyat melaksanakan HANRUH membantu
            semangat patriotism;
       Ø  Meningkatkan semangat perjuangan, perpaduan, ketahanan;
       Ø  Membina kumpulan pakar di dalam satu satu bidang yang boleh digunakan
            semasa peperangan.


KOMPONEN HANRUH

      HANRUH terbahagi kepada lima (5) komponen utama:

             Ø  Keutuhan Psikologi;
             Ø  Penyatuan Dan Perpaduan Masyarakat;
             Ø  Kesiapsiagaan Keselamatan;
             Ø  Keutuhan Ekonomi; dan
             Ø  Kesiapsiagaan Awam.

1      Keutuhan Psikologi

        Bertujuan bagi membina kekuatan mental dan keyakinan diri di kalangan
        rakyat terhadap:

             •                Semangat cintakan negara;
             •                Berani dan sanggup berkorban demi negara;
             •                Tahu peranan masing-masing semasa aman dan perang;
             •                Mengamalkan nilai agama dan moral yang tinggi;
             •                Tidak terpengaruh dengan dakyah musuh;
             •                Jasmani yang cergas; dan
             •                Rakyat yang berdisiplin.

2      Penyatuan Dan Perpaduan Masyarakat

        Membina masyarakat yang harmoni tanpa perbezaan status, kaum,
        agama, budaya dan kenegerian:

              •                Sikap penyayang;
              •                Toleransi;
              •                Muafakat;
              •                Berkongsi wawasan;
              •                Mengamalkan nilai murni;
              •                Bermaklumat.

3      Kesiapsiagaan Keselamatan

              •                ATM mempunyai keupayaan yang tinggi dan dibantu oleh
                                Pasukan Simpanan, logistik dan infrastruktur yang effektif;
              •                Agensi Keselamatan (PDRM) membantu untuk menegakkan
                                keamanan dan menguatkuasakan undang-undang, membantu
                                kerajaan semasa bencana alam dan malapetaka.

4      Keutuhan Ekonomi

              •                Kerajaan dan sektor swasta berganding bahu dan bersatu
                                memastikan kemampuan dan kekuatan ekonomi berterusan.
                                Memastikan indeks ekonomi negara berada dilandasan yang
                                betul;
              •                Bekerjasama memastikan stok simpanan barangan perlu,
                                sumber tenaga & air tidak terganggu;
              •                Mewujudkan kesimbangan antara permintaan dan penawaran
                                keperluan asas yang seimbang.

5      Kesiapsiagaan Awam

          Membina kesediaan dan kecekapan agensi awam, swasta, pertubuhan
          sukarela dan orang awam:

              •                Penglibatan aktif semasa aman dan perang;
              •                Kumpulan cari-lamat dan bantuan kecemasan;
              •                Kumpulan  perubatan;
              •                Kumpulan sokongan logistik.

KOMPONEN KESIAPSIAGAAN AWAM

    Tanggungjawab

     Komponen Kesiapsiagaan Awam adalah salah satu daripada lima (5)
     komponen HANRUH yang memberikan takrifan tanggungjawab seperti berikut:

                i.        Kesediaan agensi awam dan swasta untuk mengadakan
                          kemudahan perlindungan nyawa dan harta benda;
               ii.        Kesediaan agensi awam dan swasta untuk membekalkan
                          kemudahan asas dan logistik sebelum, semasa dan selepas
                          peperangan, darurat atau bencana;
               iii.        Kesediaan orang awam untuk menyelamatkan diri mereka
                          semasa situasi peperangan, darurat atau bencana;
              iv.        Kesediaan agensi awam, swasta, badan sukarela dan orang
                          perseorangan dalam pengemblengan tenaga sebelum, semasa
                          dan selepas peperangan, darurat atau bencana;
               v.        Membina kesediaan dan kecekapan agensi awam, swasta,
                          pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam bagi tujuan
                          membentuk:

                           a)     Penglibatan aktif semasa aman dan perang;
                           b)    Kumpulan SAR dan bantuan kecemasan;
                           c)     Kumpulan perubatan; dan
                           d)    Kumpulan sokongan logistik

Jawatankuasa

JPAM telah dilantik sebagai Urusetia kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN)
bagi komponen Kesiapsiagaan Awam HANRUH dengan dipertanggungjawabkan
untuk  merangka aktiviti-aktiviti jangka pendek, jangka sederhana dan jangka
panjang bagi semua langkah-langkah persediaan, teras program, strategi dan
kaedah pelaksanaan berdasarkan terma rujukan yang dipersetujui oleh Kumpulan
Kerja Komponen Kesiapsiagaan Awam HANRUH yang melibatkan sebanyak 9
kementerian dan 10 buah agensi/NGO.


AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan),
Kementerian Dalam Negeri (KDN).

TIMBALAN PENGERUSI
Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

URUSETIA

Kementerian Dalam Negeri (KDN); dan
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

AHLI

a)  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
b)  Kementerian Kerja Raya (KKR);
c)  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM);
d)  Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK);
e)  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT);
f)   Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) ;
g) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDN HEP);
h)  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
i)     Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
j)     Polis DiRaja Malaysia (PDRM);
k)   Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM);
l)     Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM);
m)  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
n)   Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
o)   Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan;
p)   Ikatan Relawan Rakyat (RELA);
q)   Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM); dan
r)    Mercy Malaysia

Takrif Pertahanan Awam

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

    *      SEMASA PEPERANGAN    
            Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan
            senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu
            diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh.

    *      SEMASA AMAN    
            Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa
            dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau
            selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.


VISI

Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.


MISI

Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.


OBJEKTIF

Mengurangkan Risiko Akibat Bencana:-

         »   Latihan kepada Orang Awam       
         »   Sistem Amaran Bencana       
         »   Pusat-pusat Perlindungan

Respond Kepada Bencana :-

         »   Menubuhkan Pasukan-pasukan (First Responder)       
         »   Perkhidmatan Kecemasan

Pemulihan.       
         »   Pembersihan       
         »   Pembangunan Semula       
         »   Kaunseling


FUNGSI

    *      Menubuh, mengurus dan menyenggara Angkatan Pertahanan Awam.  
    *      Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan
            Bencana dan Kecemasan kepada orang  awam.  
    *      Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.  
    *      Menyedia, mengurus dan menyenggara Pusat-pusat Pemindahan
            dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.  
    *      Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan
            harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.

FOKUS STRATEGIK

    * Meningkat dan memperluas perkhidmatan kecemasan yang cekap,
       berkesan dan profesional.  
    * Meningkat dan memperluas kerjasama dengan Agensi-agensi
       Kerajaan, Swasta, NGO, Kepimpinan Peringkat Negeri, Daerah
       dan Institusi-institusi Latihan dalam program-program Pertahanan Awam.  
    * Mewujudkan program-program latihan yang seragam dan diiktiraf.  
    * Mengadakan program-program latihan Pertahanan Awam yang berterusan
       kepada Anggota Angkatan  Pertahanan Awam.  
    * Mewujudkan sekumpulan jurulatih profesional yang mempunyai kemahiran-
       kemahiran khusus dalam pengurusan bencana (Menyelamat, Paramedik,
       Kebombaan dan Akuatik).  
    * Merancang dan membina pejabat-pejabat baru di tempat yang strategik
       supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.  
    * Meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengurusan Angkatan dan Bencana.  
    * Mempromosikan Pertahanan Awam melalui media elektronik, media cetak
       dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam bersama masyarakat.  
    * Memperluas Perkhidmatan Pertahanan Awam daripada semasa kepada
       sebelum dan selepas bencana.  
    * Melibatkan pegawai tetap dan anggota sukarela di dalam setiap aktiviti
       Pertahanan Awam.


MOTTO

"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"


 NILAI DAN TERAS

    *      Cekap dan Tepat  
    *      Berdisiplin dan Bertanggungjawab  
    *      Kerja Berpasukan   
    *      Berkhidmat Dengan Ikhlas

KEMENTERIAN YANG MENGAWAL

1952 - Setiausaha Pertahanan
1955 - Kemeterian Dalam Negeri
1959 - Kemeterian Pertahanan
1964 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
1965 - Kemeterian Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam
1967 - Kementerian Pertahanan
1968 - Kementerian Keadilan
1970 - Kementerian Dalam Negeri
1971 - Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
1975 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
1978 - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
1982 - Kementerian Dalam Negeri
2004 - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
2008 - Kementerian Dalam Negeri

FUNGSI PERTAHANAN AWAM

   1. Menggubal dasar – dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam.
   2. Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui
       perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai.
   3. Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya
       mereka dapat menerima dan memberi tindak balas yang sewajarnya
       kepada program yang penting bagi keselamatan diri mereka.
   4. Mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang sesuai bagi Angkatan
       Pertahanan Awam mengikut keadaan semasa.
   5. Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara.
   6. Melakukan tugas–tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan
       kemalangan di seluruh Negara.

PERANAN PERTAHANAN AWAM

   1.      Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam
            aspek keselamatan dan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)c
            Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
   2.      Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin
            Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221.
   3.      Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi
            menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam
            sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan
            pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.

Sejarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri Johor


Pertahanan Awam telah ditubuhkan di Malaysia, namun di Johor ia lebih dikenali sebagai ‘Johor Defence Core’ dan fungsinya serta sistem latihannya tidak menjurus kepada tugas-tugas Pertahanan Awam khususnya dan ia lebih kepada kerja-kerja amal bersama masyarakat.

Pada tahun 1964 – Konfrantasi Malaysia-Indonesia, Rakyat Malaysia dikerah untuk menyertai Pertahanan Awam. Pada masa itu, Zon Selatan yang terdiri dari 3 negeri iaitu  Melaka, Negeri sembilan dan Johor telah dikendalikan oleh seorang pegawai yang berjawatan Pesuruhjaya Pertahanan Awam Zon Selatan. Semua pengurusan berpusat di Singapura iaitu di Fort Cining.

Bermula tahun 1968 – 1970 Pertahanan Awam Negeri Johor telah ditempatkan di pejabat lama di Bukit Timbalan Johor Bahru (sekarang tapak Bank Negara). Pertahanan Awam Negeri Johor diketuai oleh Pegawai dengan gelaran Pegawai Penjaga yang bertanggungjawab menguruskan pasukan dan latihan kepada anggota pasukan pertahanan awam.
 Tahun 1986 – 2003 Pertahanan Awam telah ditempatkan di Bangunan Sanaturium atau Hospital TB Jalan Hospital Permai Johor Bahru. Kini Pejabat Pertahanan Awam Negeri Johor telah berpindah ke bangunan sendiri di Lot 21565 Bandar Baru Uda.

TERAS PROGRAM JABATAN

1.     Awam dan Komuniti (Meningkatkan dan Melibatkan Seberapa Ramai Orang Awam di dalam Aktiviti Menyelamat)

·         Pengambilan Anggota Sukarela Baru
·         Latihan menyelamat penduduk setempat
·         Latihan orang awam
·         Program kesedaran pelajar sekolah
·         Kadet pertahanan awam
·         Kadet siswazah pertahanan awam (SISPA)

2.     Sistem Penyampaian Perkhidmatan (Meningkatkan Keupayaan Jabatan dalam Memberikan Perkhidmatan Menyelamat)

·         Program Meningkat tahap profesionalisme Res-Q 991
·         Pasukan Penyelamat Pantai (Baywatch)
·         Program Penstrukturan pasukan (sepenuh masa & sukarela)
·         Civil Defence Emergency Respond Team (CDERT)
·         Pasukan Elit 991

3.     Tadbir Urus & Pengurusan Perubahan (Meningkatkan Jalinan Kerjasama dengan Agensi Kerajaan/Swasta)

·         Perkongsian maklumat berkaitan pengurusan bencana
·         Latihan kepada bekas penagih dadah (kerjasama AADK)


4.     Pembangunan Kapasiti & Keupayaan

·         Kursus Kemahiran Pengurusan Bencana di Agensi Pertahanan Awam Luar
          Negara
·         Program Penempatan Pegawai/Kakitangan Di Agensi yang terlibat dengan
          bencana
·         Sistem Amaran Bencana (perancangan 5 tahun)
·         Peralatan
·         Program latihan kepada kumpulan profesional & sokongan
·         Program kejurulatihan
·         Infranstruktur (pejabat baru negeri & daerah)


FUNGSI

  • Menubuh, mengurus dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam.
  • Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan.
  • Bencana dan kecemasan kepada orang awam.
  • Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
  • Menyedia, mengurus dan menyelenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.

VISI
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

MISI

Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

OBJEKTIF

Mengurangkan Risiko Akibat Bencana:
  •        Latihan kepada Orang Awam.
  •        Sistem Amaran Bencana.
  •        Pusat-pusat Perlindungan.

Tindakbalas berikutan bencana:
  •        Menubuhkan Pasukan-pasukan (First Responder)
  •        Perkhidmatan Kecemasan.

Pemulihan
  •        Pembersihan
  •        Pembangunan Semula
  •        Kaunseling.

 SENARAI NAMA PEGAWAI PENJAGA ATAU PENGARAH
PERTAHANAN AWAM NEGERI JOHOR.

                       NAMA                                                                             TEMPOH
  1. En. Zulkifli B. Hj Ahmad                                                             1963 - 1967
  2. En. Jaafar B. Abd Jalil                                                               1967 - 1979
  3. En. Ghazali B. Abd Bakar                                                          1980 - 1981
  4. En. Baei B. Salekan (memangku)                                              1981 - 1985
  5. En. Roslan B. Wahab                                                                1985 - 1991
  6. Tn. Hj. Mohd Yusof B. Hj. Idris                                                  1991 - 1996
  7. En. Ibrahim B. Mat Adam                                                           1996 - 2002
  8. En. Hamdan B. Mohd Saat (memangku)                                     2002 - 2003
  9. Tn. Hj. Che Othman B. Hj Hussin                                                2003 - 2008
  10. Tn. Ghazali B. Abd Rahman                                                        2008 - kini

PENGARAH

Kol. (PA) Ghazali bin Abd Rahman
Jabatan Pertahanan Awam Negeri Johor
JKR 6231 Jln Padi Murni,
Bandar Baru Uda, 81200 Tampoi,
Johor Bahru, Johor

Tel       : 07- 2364567
Faks    : 07- 2353991
E-mail : ghazali@civildefence.gov.my